PRODUK-PRODUK
iChantiq
JUS KESIHATAN I - XTRA
JUS WANITA HEBAT
FIBER DIET SEMPURNA
LAVA MINERAL BAR
Klik Gambar Untuk
Maklumat Produk
KURUS SECARA REALISTIK, SIHAT DAN SELAMAT.

Bagaimana untuk menentukan kadar penurunan berat badan secara realistik, sihat dan selamat.

Berikut adalah beberapa langkah penting yang perlu di ambil kira sebelum anda memulakan program menurunkan berat badan
agar anda dapat mencapainya dengan cara selamat dan tidak memudaratkan badan anda dalam jangka panjang.

Langkah 1.

Pastikan penurunan berat badan tidak melebihi 1 kg/ minggu atau 4 kg sebulan. Penurunan berat badan melebihi had seperti di
atas akan membuatkan organ-organ badan menjadi terkejut dan akan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Sekiranya perlu menurunkan berat badan melebihi had tersebut, sila rujuk pakar perubatan

Langkah 2.

Ketahui kadar Peratusan Lemak Badan anda ( klik disini untuk pengiraan Lemak Badan)

Apabila seseorang ingin menurunkan berat badan bermakna mereka ingin mengurang/menghilangkan lemak dari badan. Oleh itu
pengiraan lemak badan adalah amat penting dalam menentukan penurunan berat badan secara sihat dan selamat.

Peratus lemak badan merupakan berat kandungan lemak badan yang terdapat dalam badan seseorang.

Contoh: Sekiranya seseorang itu mempunyai berat badan 80 kg dan peratus lemak adalah 10 %, bermakna seseorang itu
mempunyai lemak badan sebanyak: 10% x 80 kg = 8 kg.

Baki 90% atau 72 kg merupakan Jisim Badan Bersih yang merangkumi tulang, otot-otot, tisu-tisu, organ, darah dan lain-lain.

Lemak badan merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk mengimbangi suhu badan, melindungi organ-organ dan
tisu-tisu dalaman serta sebagai tempat penyimpanan tenaga.

Langkah 3.

Pengiraan Untuk Menurunkan Berat Badan Secara Sihat

Setelah mengetahui peratusan lemak badan dan fungsi-fungsi nya, kini anda boleh mula mengira untuk menurunkan berat badan
secara realistik, sihat dan selamat.
(sila klik di sini untuk kategori lemak badan)

Contoh:
Andaikata anda seorang wanita yang mempunyai berat badan 80 kg dan peratus lemak badan sebanyak 22 % dan matlamat anda
adalah untuk menurunkan berat badan sebanyak 15 kg. Adakah target ini realistik dan selamat?

Peratus Lemak Badan Sekarang: 80 kg x 22 % = 17.6 kg
Jisim Badan Sebenar                                              = 80 kg - 17.6 kg
                                                                               =
62.4 KG (Penting!!! Sila Ingat)

Matlamat Berat Badan Hendak Di Capai : 80 kg - 15 kg = 65 kg

Matlamat berat badan diatas sebenarnya tidak realistik dan selamat kerana:

Peratus MINIMA lemak badan yang diperlukan oleh wanita adalah sebanyak 10 %
(sila rujuk disini)

Oleh itu berat badan MINIMA = Jisim Badan Sebenar + Lemak Badan MINIMA
                                             =
62.4 Kg + 10% = 68.64 KG

Sekiranya matlamat berat badan akhir adalah 65 kg, bermakna peratus lemak badan adalah:

65 kg -
62.4 kg = 2.6 kg / 65 kg = 4 % sahaja

Kadar lemak badan 4% adalah tidak sihat kerana tidak mencukupi untuk keperluan minima fungsi-fungsi badan

Berat Badan dicadangkan secara sihat adalah:

Jisim Badan Sebenar + Lemak untuk kategori atlit  = 62.4 kg + 18 %  = 73.6 KG.

Oleh itu sebelum anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu ingat tentang lemak badan dan jisim badan sebenar dan tahu
cara-cara pengiraan yang betul agar anda kekal anggun dan langsing secara sihat dan selamat.

Langkah 4.

Kawal Pemakanan Dan Pengambilan Kalori Berlebihan.

Salah satu penyebab masalah kegemukan atau obesiti adalah pengambilan makanan berlebihan, mempunyai kandungan tinggi
karbohidrat,  tinggi lemak dan tinggi gula. Makanan-makanan sebegini mempunyai kalori yang tinggi yang akan menyebabkan
kegemukan.

Formula berkesan untuk kurus agak mudah iaitu:   PENGAMBILAN KALORI mesti lebih rendah/kurang dari PENGGUNAAN KALORI

Formula di atas amat mudah tetapi amat susah di laksanakan kerana ia memerlukan kesabaran, disiplin dan konsistensi.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan iaitu:

Jangan membiarkan anda menjadi terlalu lapar dengan mengamalkan diet yang sangat ketat kerana ia akan memberi isyarat
kepada otak anda untuk menyimpan tenaga lebihan dalam bentuk lelemak

Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini akan memberi syarat kepada otak kita bahawa kita akan membekalkan tenaga
berterusan dan tenaga yang ada boleh sentiasa di habiskan.

Elakkan makanan yang mengandungi gula, lemak dan berminyak

Minum air kosong dengan banyak - 6 hingga 8 gelas sehari.

Pengambilan serat-serat makan dengan banyak seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau Fiber Diet Sempurna iChantiq.

Langkah 5

Kunyah makanan anda dengan sempurna

Dengan mengunyah makanan dengan sempurna (40 kali) akan dapat menghancurkan makanan di dalam mulut dan memudahkan
penghadaman sebelum memasuki perut. Tindakan ini akan membuatkan anda akan merasa kenyang lebih cepat serta meringan
serta memudahkan usus perut mencernakan makanan.

Langkah 6

Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap sessi.

Bersenam amat penting kerana ia dapat membantu membakar lemak, mengurangkan rasa lapar, melancarkan peredaran darah,
merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit.

Langkah 7

Pengambilan bahan-bahan herba.

Bahan-bahan herba seperti            iChantiq       dapat membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan di sebabkan oleh
pencemaran udara dan makanan. Toksin-toksin ini akan merosakkan sel-sel dalam badan dan akan meningkatkan penuaan
sebelum masa serta risiko penyakit kronik.

Disamping itu juga produk herba           iChantiq       dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan yang akan
mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan.

Kebaikan dan kelebihan memiliki berat badan ideal adalah:

Anda akan  lebih sihat dan cergas
Anda akan dapat mengelakkan penyakit-penyakit berbahaya
Anda akan kelihatan lebih muda
Anda akan lebih berkeyakinan
Anda akan kelihatan lebih Chantiq!!!

SELAMAT MENCUBA.
Ichantiq Beauty & Health (SA 0139451-A)
Main Office : 46-1-B, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor.
Branch: 19 Jalan Bendahara 1/3, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor,
HOTLINE: 012-263 0258/012-273 7303      Fax: 03-6034 4776
Email: norizah.ichantiq@gmail.com / azlan7944@yahoo.com